Aku kalau bab hantu-hantu nie memang susah nak percaya. Lagi-lagi kalau orang cerita.. Kirim salam aku nak percaya.
Tapi ada satu peristiwa, satu kisah, satu kejadian, satu masalah (kot) yang dah membuatkan aku jadi macam nak percaya sikit pasal hantu.. Kisahnya gini..
Dulu, aku pernah duduk rumah nenek aku (yeah asal hantu je dekat rumah nenek kan?) sebab aku dapat tawaran kerja dekat sana. Kat mana tu aku kena rahsiakan. Hahaha macam syok rahsiakan kawasan dengan nama orang nie kan?
Masa kejadian tu malam. Kisah nie berlaku masa arwah atuk aku ada lagi. Iaitu pada tahun 2017. Mungkin Allah bagi rezeki kerja dekat aku masatu dekat dengan rumah nenek aku sebab nak bagi aku peluang untuk jaga arwah atuk aku masatu? Sedih.. Aku rindu sangat atuk aku...
Tapi, cerita nie bukan pasal atuk nenek aku. Tapi pasal aku.
Malam tu, macam biasalah aku suka sangat merendek dengan telefon sampai ketengah malam drag sampai ke pagi-pagi buta. Kawasan aku merendek pulak dekat ruang tamu. Rumah kampung macam nie.. Ruang tamu akan digunakan bila ada tetamu jerp. Kalau sedara mara datang pun, lepak dekat dapur. Haha. Siapa paham tu, paham lah eh.
Malam tu, aku merendek.. Dengan sedara aku sendiri. Aku duk main kira satu dua tiga tapi dalam bahasa jawa..
Aku excited tau kira-kira dalam jawa.. Sebab nak eksyen la en aku pandai bahasa jawa jugak.. Aku pun mulalah mengira.. Oh, masa tu jam 3 pagi tau. Aku ingat sebab aku kejap-kejap tengok jam haha.
"Siji.. Loro.. Telu... Pap!"
Pintu ruang tamu terbukak! Angin laju sangat masuk weh. Laju! Terbang langsir-langsir kat ruang tamu tuh. Aku kaget gila!!! Aku terus terbangun dari baring kat sofa tu dan cabut earphone aku. Untuk pengetahuan semua, aku nie rabun. So, masa pintu terbukak aku tak pakai spek. So apa yang aku nampak dekat luar pintu tu just lah hitam. Aku lari-lari pergi tutup pintu, selak dekat atas pastu terus aku amek fon aku then cabut gi dapur. Nenek atuk aku yang tengah tertidur terus terbangun. Aku duduk sebelah nenek aku. Aku menangis.
Haha. Aku menangis weh. Keluar air mata jantan aku.
Nenek tanya kenapa. Aku jawab lah pintu terbukak sambil menggigil-gigil. Atuk aku membebel. Atuk aku gi depan pergi cek pintu. Lampu ruang tamu masa tu aku biarkan terbukak. Tak. Aku tak sempat tutup sebab aku takut hahaha.
Pastu, nenek suruh tidur. Sambil tu membebel lah kata dah pukul 3 pagi tak reti-reti nak tidur bagai. Atuk pun membebel. Huhu.. Pastu aku pun baring lah atas tilam.. Memang aku tidur atas tilam pun. Huhu. Pastu aku macam rasa tak boleh tidur. Walaupun kejadian tadi sangat fresh dalam minda aku.. Makanya, aku pun ambik fon aku balik dan on. Ada wasep daripada sedara yang aku merendek tadi.. Tanya "kenapa?". So aku pun decide nak call balik.
Aku call lah balik.. Aku story sikit kejadian tadi. Dia pun kata, "yang kau duk ruang tamu kenapa? Kawasan tu jarang ada orang.." Aku cam balas jelah aku sukakan privasi. Lepastu sambung sembang balik.
Dia story pasal benda lawak-lawak konon nak hilangkan rasa takut aku. Aku pun gelak lah. Tergelak punya tergelak, eh ada yang tergelak sekali.
"Heee hee heeehehhee"
Fuh, suara tu betul-betul dekat telinga aku sebelah kiri. Aku dengan tak kata bye apa semua terus off fon, then pandang kiri.
Gelap.
Telan air liur. Tarik selimut perlahan-lahan. Off notification. Pejam mata, and tidur.
Bunyi tapak kaki pulak aku dengar.
Aku teruskan pejam mata.
© Copyright UiTM Confession
Make a free website with Yola